Make your own free website on Tripod.com

@

HOME

@

Pandangan Buddhisme terhadap Perbuatan Anabella

Pada pandangan Buddhisme, perbuatan Anabella yang menjalani proses persenyawaan luar rahim tanpa pengetahuan suaminya, Joshua adalah tindakan yang tidak betul.

            Pada dasarnya, etika Buddhisme adalah teleologikal. Ini bermaksud Buddhisme amat mementingkan kesan atau akibat daripada sesuatu tindakan atau perbuatan tidak kira sama ada secara sengaja ataupun tidak. Setiap perlakuan atau tindakan akan meninggalkan kesan atau akibat. Sementara itu, ajaran Buddhisme juga mengatakan bahawa semua kejadian timbul dari punca dan keadaan. Sesuatu kejadian itu berubah apabila punca dan keadaan berubah dan akhirnya berhenti. Maka, perbuatan Anabella yang tidak menghiraukan akibat-akibat dan menjalani proses persenyawaan luar rahim di bank sperma tanpa memberitahu suaminya terlebih dahulu adalah tidak betul dalam ajaran Buddhisme. Hal ini demikian kerana dalam ajaran Buddhisme, aspek akibat atau kesan amat dititikberatkan; tetapi malangnya Anabella tidak berbuat demikian.

            Dhamma merupakan ajaran asas dalam agama Buddha. Perkara yang paling asas dalam Dhamma ialah Empat Kebenaran Mulia (The Four Noble Truths) dan Jalan Lapan Lapis Mulia.

            Terdapat empat aspek penting dalam Empat Kebenaran Mulia iaitu Duhkha (Penderitaan), Duhkha-samudaya (Punca Penderitaan), Duhkha-nirodha (Menyingkirkan Penderitaan), dan Duhkha-nirodha Marga (Jalan Untuk Menghapuskan Penderitaan). Perbuatan Anabella yang menjalani proses persenyawaan luar rahim di bank sperma menunjukkan bahawa dia mempunyai keinginan dan hawa nafsu yang sangat kuat untuk menjadi seorang ibu. Dia terlalu mengila-gilakan anak tetapi malangnya suaminya tidak menginginkannya. Akibat perbuatan Anabella tersebut, suaminya, Joshua berasa amat kecewa dengannya dan akhirnya membuat keputusan untuk menceraikannya.

            Dalam Jalan Lapan Lapis Mulia terdapat lapan aspek utama yang dapat dikategorikan kepada tiga kategori iaitu kebijaksanaan, kemoralan, dan disiplin mental. Tiga aspek utama digolongkan di bawah kebijaksanaan iaitu kepercayaan yang benar, pemikiran yang benar, dan percakapan yang benar; dan tiga aspek utama lain di bawah kemoralan iaitu tindakan yang benar, kehidupan yang benar, dan usaha yang benar; manakala dua aspek utama lagi di bawah disiplin mental iaitu kesedaran akal yang benar dan konsentrasi minda yang benar. Perlakuan Anabella yang menjalani proses persenyawaan luar rahim secara tersembunyi tanpa memberitahu suaminya menunjukkannya tidak mengikuti aspek percakapan yang benar, iaitu dia tidak berterus-terang dengan suaminya tetapi menyembunyikan daripadanya. Selain itu, Anabella juga tidak menurut aspek tindakan yang benar iaitu dia tidak berbincang dengan suaminya sebelum membuat keputusan untuk membuat demikian. Sementara itu, Anabella juga tidak dalam kesedaran akal dan konsentrasi minda yang benar semasa dia memutus untuk menjalani proses persenyawaan luar rahim di bank sperma kerana mindanya hanya dipenuhi oleh nafsu-nafsunya untuk menjadi seorang ibu dan menginginkan anak yang telah terpendam dalam sanubarinya selama sepuluh tahun. Oleh itu, Anabella tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah akibat dipengaruhi oleh hawa nafsunya.

            Berdasarkan ajaran-ajaran Buddhisme di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa perbuatan Anabella yang menjalani proses persenyawaan luar rahim tanpa pengetahuan suaminya dan tidak memikirkan kesan atau akibat yang akan dibawa oleh tindakannya itu adalah dianggap tidak betul.

@

@

Pandangan Islam terhadap Perbuatan Anabella

Pada pandangan Islam, tindakan Anabella yang menjalani proses persenyawaan luar rahim di bank sperma tanpa pengetahuan suaminya, Joshua adalah perbuatan yang tidak betul. Ini dapat dilihat dan dijelaskan dalam ayat di bawah.

 

 eMereka (isteri-isteri kamu) itu adalah sebagai pakaian bagi kamu, dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.f (Al-Baqarah:187)

Maksud firman Allah s.w.t.:

Wanita dan lelaki, isteri dan suami mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sesuai dengan kejadian mereka.

 

Ayat di atas telah mengesahkan perbuatan Anabella tidak betul kerana dia tidak menghormati suaminya yang mempunyai tanggungjawab terhadapnya. Selain itu, perbuatan Anabella tersebut turut memaparkan bahawa dia tidak berperanan sebagai isteri kepada suaminya. Sebagai isteri, Anabella sepatutnya mempunyai tanggungjawab terhadap suaminya, iaitu dia harus membincang dengan suaminya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Selain itu, hak membuat keputusan terletak pada tangan pemimpin atau ketua yang dijelaskan dalam Surah Al Imran, Ayat 159.

 

eHendaklah kamu berunding dengan mereka. Apabila kamu telah membuat keputusan dengan yakin, bertawakkallah kepada Allah.f (Surah Al Imran, Ayat 159)

Maksud firman Allah s.w.t.:

Seseorang dicadangkan berunding atau membincang dengan ramai sebelum membuat sebarang keputusan.

 

Ayat di atas dapat dikaitkan dengan satu lagi ayat yang berkait rapat dengannya iaitu ayat 116 Surah Al Anfam yang membawa maksud yang lebih kurang sama.

 

eApabila kamu (azamta) mengambil keputusan dengan yakinf (Surah Al Anfam, Ayat 116)

 

Ayat tersebut ditujukan kepada seorang dan bukannya azamtum (bererti kamu ramai). Ini semua menunjukkan bahawa hak membuat keputusan dalam system perundingan Islam adalah hak pemimpin tetapi bukan hak yang dipimpin. Oleh itu, perbuatan Anabella adalah tidak betul kerana dia tidak membincang dengan suaminya sebelum mengambil keputusan untuk membuat demikian. Tambahan pula, mengikut Surah Al Anfam, Ayat 116, hak membuat keputusan terletak pada suaminya yang berperanan sebagai pemimpin atau ketua rumah.

            Berdasarkan ajaran-ajaran agama Islam yang diperbincangkan di atas, perbuatan Anabella yang menjalani proses persenyawaan luar rahim di bank sperma dengan menggunakan sperma lelaki bukan suaminya tanpa pengetahuan suaminya adalah dianggap tidak betul.

@

@

Pandangan Kristian terhadap Perbuatan Anabella

Perbuatan Anabella adalah tidak betul pada pandangan agama Kristian. Hal ini dapat dibuktikan melalui ajaran-ajaran Kritian yang tercatat dalam Kitab Bible.

 

eWives, likewise, be submissive to your own husbands, that even if word, they, without a word, may be won by the conduct of their wives.f (1st Peter 3:1)

Maksud : sebagai seorang isteri, anda patut mematuhi atau menuruti suami.

 

            Perbuatan Anabella menjalani proses persenyawaan luar rahim yang tidak menuruti suaminya yang tidak mengharapkan cahaya mata telah tidak patuh kepada apa yang tercatat dalam Kitab Bible. Anabella bukan sahaja mengingkari suaminya dan menjalani proses persenyawaan luar rahim di bank sperma, malah dia turut menyembunyikannya daripada suaminya. Suami isteri haruslah bersatu-padu dan cinta-mencintai antara satu dengan yang lain untuk mewujudkan perkahwinan yang bahagia. Selain itu, suami isteri haruslah saling faham-memahami untuk mengelakkan pertengkaran.

 

eThe wife does not have authority over her own body, but the husband does. And likewise the husband does not have authority over his own body, but the wife does.f (2nd Corinthians 7:4)

Maksud : seorang isteri tidak mempunyai hak terhadap badannya tetapi hak itu terdapat pada suaminya dan sebaliknya seorang suami juga tidak mempunyai hak terhadap badannya tetapi hak itu terdapat pada isterinya.

 

            Anabella tidak mempunyai hak untuk menjalani proses persenyawaan luar rahim di bank sperma tanpa pengetahuan kepada suaminya. Sepatutnya, Anabella harus berbincang dengan suaminya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Hal ini demikian kerana Joshua, sebagai suaminya mempunyai hak terhadap badan Anabella. Manakala, Anabella mempunyai tanggungjawab terhadap suaminya. Dia tidak patut mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada suaminya.

 

eYou have heard that it was said to those of old, eYou shall not commit adultery.ff (Matthew 5:27)

Maksud : seseorang tidak patut melakukan perzinaan.

 

            Dalam ajaran Kristian, tindakan Anabella mengambil sperma lelaki lain yang bukan suaminya dari bank sperma dan menjalani proses persenyawaan luar rahim adalah dianggap berzina walaupun tiada persetubuhan antaranya dengan lelaki tersebut.  Tindakan Anabella tersebut telah menunjukkan bahawa dia tidak mematuhi ajaran agama Kristian yang tercatat dalam Kitab Bible (Matthew 5:27) yang bermaksud seseorang tidak patut melakukan perzinaan.

             Kesimpulannya, pada pandangan agama Kristian, perbuatan Anabella yang menjalani proses persenyawaan luar rahim di bank sperma tanpa pengetahuan suaminya adalah dianggap tidak betul berdasarkan ajaran agama Kristian yang telah dibincangkan di atas.

@

@

Pandangan Taoisme terhadap perbuatan Anabella

Pada pandangan Taoisme, perbuatan Anabella menjalani proses persenyawaan luar rahim di bank sperma tanpa pengetahuan suaminya, Joshua adalah tidak betul.

            Taoisme falsafah adalah berdasarkan pemikiran yang terkandung dalam sebuah karya yang berasal dari Dinasti Zhou (1027-221 S.M.) yang dikenali sebagai Tao Te Ching yang dicipta oleh Lao Tzu. Tao Te Ching boleh diterjemahkan sebagai eJalan (atau Cara) dan Kuasanyaf. Konsep eJalanf merujuk kepada kuasa yang diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengetepikan cita-cita sendiri untuk mengikut arah alam semesta. Persoalannya, apakah cara-cara untuk kita mengikuti eJalanf alam semesta?

@

eJangan membuat apa-apa; dan jangan melakukan sesuatu.f

@

            Itulah maksud konsep wu-wei. Prinsip asasnya ialah seseorang patut mengharmonikan diri sendiri dengan prinsip-prinsip utama yang berfungsi dalam alam semesta dan tidak harus menentangnya. Selain itu, semua usaha untuk mencapai sesuatu di luar kemampuan kita adalah tidak betul. Konsep ini membuktikan bahawa perbuatan Anabella yang menjalani proses persenyawaan luar rahim tanpa pengetahuan suaminya adalah tidak betul sedangkan keputusannya itu tidak terletak pada tangannya tetapi suaminya. Anabella telah menunjukkan perbuatan yang dikatakan di luar kemampuannya.

@

            Sementara itu, ajaran Taoisme juga mengajar kita supaya melakukan sesuatu perbuatan tanpa usaha yang keras. Ajaran di atas membawa maksud perbuatan kita mestilah dilakukan secara semulajadi dan perbuatan mestilah merupakan perbuatan yang diperlukan. Tetapi dalam kes ini, persenyawaan luar rahim merupakan sesuatu yang tidak semulajadi. Maka, perbuatan Anabella adalah tidak betul dalam kes tersebut.

            Mengikut ajaran Taoisme, manusia tidak boleh melarikan diri daripada perubahan dan proses alam semesta kerana kita memang sebahagian daripada alam yang besar ini. Oleh itu, sikap yang lebih berfaedah ialah menerima proses ini dan kemudian menyelaraskan setiap kegiatan kita dengan proses semula jadi. Dalam kes ini, Anabella sepatutnya menerima pandangan suaminya yang tidak menginginkan anak dan tidak harus menjalani proses luar rahim yang dianggap sebagai kegiatan yang tidak semula jadi.

            Perkembangan keperibadian yang mulia adalah usaha utama seorang Taoist. Belas kasihan, kesederhanaan dan merendah diri adalah sifat mulia yang terpenting. Oleh itu, pada pandangan Taoisme, Anabella seharusnya mengamalkan sikap kesederhanaan, iaitu tidak terlalu mengila-gilakan anak yang tidak diinginkan oleh suaminya. Anabella haruslah memahami suaminya dan cuba bertolak-ansur dengannya.

            Kesimpulannya, perbuatan Anabella adalah dikatakan tidak betul berdasarkan ajaran Taoisme yang mengutamakan kegiatan semula jadi.

@

@

Pandangan Konfusianisme terhadap Perbuatan Anabella

Menurut ajaran Konfusianisme, perbuatan Anabella menjalani proses persenyawaan luar rahim tanpa pengetahuan suaminya adalah tindakan yang tidak betul.

            Ajaran Confucius boleh diperoleh daripada buku Klasik Confucius dan Analects atau Lun Yu. Buku-buku ini ditulis setelah beliau menyedari kelemahan-kelemahan yang wujud dalam masyarakat, akibat pegawai-pegawai kerajaan yang berlaku curang dan keadaan moral orang ramai yang buruk. Beliau mengajar bahawa jika semua orang berkelakuan baik dan mengikut peraturan, keadaan Negara akan aman. Ajarannya menegaskan bahawa kita perlu menjaga keharmonian manusia dengan alam dan masyarakat. Terdapat lapan nilai murni yang terkandung dalam Lun Yu yang dapat menyelesaikan masalah pemupukan order dan harmoni, iaitu, ren, chung, shu, yi, li, xiao, ming, dan zhi.

            Ren adalah baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan, dan murah hati terhadap orang lain.Nilai ini adalah paling penting dan merupakan asas kepada nilai-nilai lain. Shu (altruisme) meliputi murah hati, toleransi, dan belas kasihan, serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain. Nilai ini disebutkan dalam aspek negative berbanding dengan chung yang disebut dalam bentuk positif. Chung bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain. Jika individu ingin berjaya, dia juga harus membantu orang lain untuk berjaya. Yi bermaksud membuat sesuatu dengan cara yang betul dan patut dalam situasi tertentu di mana motif sesuatu perbuatan lebih penting dari hasilnya. Ming menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya upaya tanpa menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandate ketuhanan. Xiao bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjungi serta ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka. Seseorang anak hendaklah mempelajari bagaimana menjadi seorang anak dengan menghormati, melayan dan menjaga ibu bapa. Zhi bermaksud ketulusan (keikhlasan) dan keteguhan dalam tingkah laku. Individu yang menghayati nilai ini tidak boleh menipu diri sendiri atau orang lain, iaitu dia harus memberi pernyataan yang benar dalam segala kelakuannya.

            Perbuatan Anabella yang menjalani proses persenyawaan luar rahim tanpa pengetahuan suaminya telah tidak mengikuti nilai murni zhi dan yi. Dia tidak menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri dengan sebaik-baiknya dan melakukan sesuatu yang tidak patut, iaitu menjalani proses persenyawaan luar rahim. Sebagaimana yang diajar dalam nilai murni shu dan chung, Anabella sepatutnya bersikap murah hati dan cuba bertoleransi dengan suaminya yang tidak menginginkan anak tetapi bukan mengingkarinya. Selain itu, perbuatan Anabella yang menjalani proses persenyawaan luar rahim tanpa pengetahuan suaminya menunjukkannya tidak mengikuti nilai murni li. Anabella tidak menurut peraturan yang telah ditetapkan iaitu menuruti suaminya. Dia membuat keputusan untuk menjalani proses persenyawaan luar rahim sedangkan suaminya telah mengatakan bahawa dia tidak menginginkan anak.

            Dalam ajaran Confucius juga membincangkan hubungan dalam masyarakat. Salah satunya ialah hubungan suami isteri di mana suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harus tunduk dan dengar patuh. Dalam kes ini, Anabella tidak menurut suaminya yang tidak menginginkan anak dan menjalani proses persenyawaan luar rahim.

            Kesimpulannya, perbuatan Anabella adalah tidak betul berdasarkan ajaran Confucius.

@

@

HOME

@