Make your own free website on Tripod.com

HOME

Definisi Bayi Tabung Uji

Bayi tabung uji boleh didefinisikan sebagai persenyawaan atau percantuman antara benih lelaki iaitu sperma dengan sel telur perempuan iaitu ovum di luar rahim(IVF: in vitro fertilization). Persenyawaan semulajadi hampir sama dengan persenyawaan bayi tabung uji. Konsep bagi bayi tabung uji bukannya bermakna kehamilan itu membesar dan tumbuh hingga menjadi bayi di dalam tabung uji. Tetapi hanya sekadar proses persenyawaan sahaja yang berlaku di luar tubuh. Perkembangan dan pembesaran jasad bayi sebenarnya berlaku di dalam rahim.

Teknik ini merupakan satu sinar harapan baru bagi pasangan suami isteri yang tidak berkeuapayaan untuk mendapatkan anak. Tetapi teknik ini juga membawa risiko kepada perempuan tersebut seperti jika pada kali pertama persenyawaan itu gagal, ia perlu diulang-ulang sehingga berjaya dan kemungkinan ini akan menjejaskan kesihatan perempuan itu.

Dalam sejarah etika bio, seorang perempuan bernama Louise Joy Brown di England telah berjaya melahirkan seorang bayi pertama yang disenyawakan di luar tubuh manusia. Kejayaan cemerlang hasil usaha daripada dua pakar perubatan iaitu Dr. Patrick Christopher Steptoe, seorang pakar Obstetriks dan Ginekologi dan Dr. Robert Geoffrey Edwards seorang fisiologi, telah menggemparkan seluruh dunia..

@

@

@

@

@

@

 Dr.Patrick dan Dr.Robert berjaya menghasilkan                    Louise Joy Brown dengan keluarganya

 bayi tabung uji pertama              

@

Beberapa perkara perlu dipertimbangkan belum proses persenyawaan bayi tabung uji dijalankan. Pertamanya ialah pengambilan ovum yang telah betul-betul matang dan sesuai untuk disenyawakan. Kedua ialah mencipta cecair semaian yang sesuai bagi persenyawaan tersebut. Ketiganya ialah mencipta cara untuk memasukkan embrio ke dalam rahim bagi proses eimplantationf.

Pengambilan ovum adalah satu perkara yang sukar sebab wanita hanya mengeluarkan satu ovum sahaja pada setiap bulan. Ovum ini dikeluarkan oleh ovari melalui satu struktur yang digelar egraffian follikalf yang di bawah pengaruh hormon-hormon FSH dan LH untuk menjadi ovum. Oleh sebab ovari terletak di dalam ruang pelvis, pengambilan ovum mesti memerlukan penbedahan dan tepat waktunya iaitu setelah menjalani proses maturasi.

Ovum merupakan satu sel yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Jadi sebelum pembedahan dilakukan, beberapa cara penentuan boleh dilakukan untuk memastikan ovum itu betul-betul matang iaitu dengan mencatatkan suhu badan(basal body temperature chart), penyukatan paras hormon dan memerhatikan bentuk lender pangkal rahim(cervical mucus). Penentuan ini sangat penting bagi kejayaan usaha mengambil ovum yang matang.Satu alat khas digelar elaparoscopef iaitu sejenis alat teropong yang boleh digunakan untuk melihat ke dalam perut untuk mengambil ovum.

Setelah ovum dapat dikeluarkan dengan berjaya tetapi masalah kedua lebih meruncingkan iaitu mencipta cecair semaian yang sesuai bagi kehidupan sel dan boleh menyokong proses persenyawaan serta perkembangan embrio. Cecair ini mesti sama dari segi kandungan kimia seperti yang terdapat pada muncung saluran fallopio. Sperma lelaki mudah didapati dengan cara emasturbationf.  Kandungan kimia ini perlu diwujudkan untuk memberi daya kepada sperma mensenyawakan dengan ovum dalam keadaan semulajadi sebab dalam persenyawaan luar rahim tidak mempunyai perjalanan dari vagina melalui saluran pangkal rahim dan saluran fallopio.

Proses persenyawaan ini adalah sentiasa diawasi melalui mikroskop jika berjaya disenyawakan dan proses ini berterusan untuk lebih kurang 5 hingga 7 hari supaya seperti tempoh waktu persenyawaan berlaku di dalam rahim dalam keadaan semulajadi. Dalam masa ini ovum yang telah disenyawakan menjalani proses-proses pembiakan sel-sel dan perkembangan menjadi embrio. Kemudian dimasukkan ke dalam ruang rahim supaya ia dapat menjalani proses eimplantationf.

Pada zaman kini telah memperkenalkan teknologi IVF terkini yang dipanggil Pre-Implantation Genetic Diagnosis(PGD) iaitu teknik yang membolehkan analisis genetik dilakukan ke atas sel embrio sebelum dipindahkan ke dalam uterus wanita. Tujuannya untuk membuat penyaringan kecacatan kromoson ke atas wanita yang menghidapi penyakit keturunan supaya memilih embrio yang normal dan mengelakkan penyakit genetic seperti Sindrom Down. Melalui proses ini, pakar embrio boleh menentukan embrio berkenaan benar-benar berkualiti dan mempunyai kromoson yang normal serta boleh memilih jantina anak tersebut dan mengenal pasti sebarang ketidaknormalan genetik.