Make your own free website on Tripod.com

 

HOME

 

Peratusan jantina yang terlibat dalam kaji selidik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Carta pai di atas menunjukkan peratusan jantina yang terlibat dalam kaji selidik. Seterusnya, terdapat sebanyak 60 orang pelajar di dalam Kolej Tunku Abdul Rahman yang terlibat dalam kaji selidik tersebut. Selain itu di dalam kaji selidik tersebut terdapat sebanyak 28 orang pelajar lelaki  iaitu  47% manakala pula bagi pelajar perempuan terdapat sebanyak 32 orang  iaitu  53peratus.

 

Pandangan Pelajar Terhadap Proses Persenyawaan Luar Rahim

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perempuan

Lelaki

Carta pai di atas menunjukkan pandangan pelajar terhadap proses persenyawaan Luar Rahim. Di dalam kaji selidik tersebut terdapat sebanyak 15 orang pelajar lelaki iaitu 54% yang bersetuju proses persenyawaan luar rahim tetapi terdapat juga sebanyak 13 orang pelajar lelaki iaitu 46% yang tidak bersetuju proses persenyawaan luar hamil. Seterusnya, terdapat sebanyak 19 orang pelajar perempuan iaitu 59% yang bersetuju proses persenyawaan luar rahim manalaka pula bagi pelajar perempuan yang tidak bersetuju proses persenyawaan luar rahim terdapat sebanyak 13 orang iaitu 41%. Kebanyakan pandangan pelajar lelaki dan perempuan bersetuju proses persenyawaan luar rahim disebabkan proses ini boleh mengatasi masalah bagi pasangan yang tidak berupaya. Lebih kurang pelajar lelaki dan perempuan tidak bersetuju proses persenyawaan luar rahim kerana proses ini bukan secara semula jadi dan hubungan suami dengan isteri akan terganggu. Kesimpulanya, proses persenyawaan luar rahim tidak diterima oleh pelajar di Kolej Tunku Abdul Rahman.

 

 

Pandangan Pelajar Terhadap Perbuatan Anabella

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Carta pai di atas menunjukkan pandangan pelajar terhadap perbuatan Anabella. Di dalam kaji selidik tersebut mempunyai sebanyak 26 orang pelajar lelaki iaitu 93% yang tidak bersetuju terhadap perbuatan Anabelle tetapi terdapat juga sebanyak 2 orang pelajar lelaki iaitu 7% yang bersetuju terhadap perbuatan Anabella. Seterusnya, didapati sebanyak 23 orang pelajar perempuan iaitu 72% tidak bersetuju perbuatan  Anabella manalaka pula bagi pelajar perempuan yang bersetuju perbuatan Anabella terdapat sebanyak 9orang iaitu 28%. Kebanyakan pelajar lelaki dan perempuan tidak bersetuju perbutan Anabella disebabkan Anabella patut berbincang dengan suaminya sebelum menjalani proses persenyawaan. Lebih kurang pelajar lelaki dan perempuan bersetuju perbuatan Anabella kerana Anabella suka terhadap bayi sudah lama. Oleh itu, Anabelle hanya mencapai harapannya dan seterus melahirkan bayi tersebut. Kesimpulanya, perbuatan Anabella adalah tidak betul daripada pandangan pelajar di Kolej Tunku Abdul Rahman.

 

Pandangan Agama Terhadap Proses Persenyawaan Luar Rahim

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Carta palang di atas menunjukkan pandangan agama terhadap proses persenyawaan luar rahim. Didapati, pelajar yang beragama Hindu mempunyai peratusan yang paling tinggi bersetuju terhadap proses persenyawaan luar rahim iaitu 80%. Manakala pula, terdapat peratusan paling sedikit pelajar yang beragama lain-lain bersetuju terhadap proses persenyawaan luar rahim iaitu 33.33%. Selain itu di dalam kaji selidik tersebut peratusan yang paling tinggi tidak bersetuju terhadap proses persenyawaan luar rahim ialah pelajar yang beragama Islam iaitu 66.67% dan pelajar yang beragama Hindu pula didapati peratusan yang rendah bersetuju terhadap proses persenyawaan luar rahim dalam kaji selidik tersebut iaitu 20 %. Dalam kaji selidik tersebut, terdapat pelajar beragama Hindu bersetuju terhadap proses persenyawaan luar rahim kerana teknik ini dapat mengatasi masalah bagi pasangan yang tidak berupaya mengandung. Manakala pula didapati pelajar beragama Islam tidak bersetuju proses persenyawaan luar rahim kerana proses ini dijalankan secara  menentang terhadap semula jadi dan ia juga akan menyebabkan hubungan antara suami dengan isteri menjadi  semakin merosot. Kesimpulanya, proses persenyawaan luar rahim  tidak diterima oleh pelajar di Kolej Tunku Abdul Rahman.

 

Pandangan Agama Terhadap Perbuatan Anabelle

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Carta palang di atas menunjukkan pandangan agama terhadap perbuatan Anabella. Terdapat peratusan yang paling tinggi tidak bersetuju terhadap perbuatan Anabelle ialah pelajar yang beragama lain-lain iaitu sebanyak 100%. Manakala pula, didapati pelajar yang beragama Hindu mempunyai peratusan yang paling rendah tidak bersetuju terhadap perbuatan Anabelle iaitu 60%. Selain itu di dalam kaji selidik tersebut terdapat pelajar beragama Hindu mempunyai peratusan yang paling tinggi bersetuju terhadap perbuatan Anabella iaitu sebanyak 40% dan peratusan yang didapati daripada pelajar beragama lain-lain bersetuju terhadap perbuatan Anabella iaitu 0 %. Dalam kaji selidik tersebut terdapat pelajar beragama lain-lain tidak bersetuju perbuatan Anabella disebabkan  Anabella patut berbincang dengan suaminya sebelum menjalani proses persenyawaan. Terdapat juga pelajar beragama Hindu bersetuju perbuatan Anabella kerana Anabella suka terhadap bayi sudah lama. Oleh itu, Anabelle hanya mencapai harapannya dan seterus melahirkan bayi tersebut. Kesimpulanya, perbuatan Anabella adalah tidak betul daripada pandangan pelajar di Kolej Tunku Abdul Rahman.