Make your own free website on Tripod.com

HOME

                                                                                                                                              

Teori-Teori Moral Tentang Perbuatan Anabelle

            Dari kes kajian ini, Anabella telah menjalankan proses persenyawaan luar rahim (bayi tabung uji) tanpa memberitahu suaminya Joshua. Tindakan Anabella yang terlalu mengikut perasaan sendiri dan tidak menghiraukan perasaan suaminya Joshua, maka ini boleh dikatakan suatu tindakan yang tidak bermoral berdasarkan Teori Kant. Dalam teori Kant menyatakan bahawa tiada suatu perkara pun yang baik tanpa syarat kecuali Tekad Baik. Tekad yang bermaksud dalam  teori Kant ini ialah kebolehan manusia yang unik untuk bertindak menurut peraturan, prinsip-prinsip dengan mengenepikan sebarang bentuk kepentingan peribadi atua akibat daripada tindakan itu. Selain itu, perbuatan Anabella yang bertindak mengikut perasaan sendiri telah melanggarkan undang-undang Islam. Ini kerana dalam perundangan Islam Anabella boleh dikatakan melakukan berzina sebab pengambilan benih daripada ornag lain tanpa diketahui oleh suaminya Joshua.

           Anabella telah menggunakan benih lelaki yang lain dan bukan menggunakan benih suaminya sendiri untuk menjadi kehamilan, adakah ini boleh dijadikan satu peraturan sejagat? Maka ini boleh dikatakan tidak bermoral berdasarkan Kategorikal Imperatif. Mengikut Kategorikal Imperatif menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu dianggap sebagai tidak bermoral jika sekiranya peraturan yang membenarkan itu tidak dapat digunakan secara umum sebagai satu peraturan universal kepada semua manusia untuk menuruti atau mematuhi. Jikalau tindakan Anabella ini dikatakan bermoral dan diterima oleh semua orang, apakah yang akan terjadi kepada keluarga tersebut? Akibatnya ialah kebanyakan keluarga akan berpecah-belah, perceraian berlaku di kalangan pasangan suami isteri, isteri yang dicerai akan menjadi ibu tunggal serta mungkin anak itu dijadikan bahan ketawa atau dihina di kalangan masyarakat. Jadi, adakah tindakan Anabella ini boleh digunakan secara umum atau sebagai peraturan universal yang dapat diterima secara umumnya?

            Fikiran Anabella sentiasa berpendapat bahawa dalam sesebuah kelurga yang sempurna mesti mempunyai anak. Dalam aplikasi Praktikal Imperatif, Anabella telah menggunakan anak sebagai satu matlamat untuk membina sebuah keluarga yang berharmoni dan sempurna serta tidak ingin bertengkar dengan suaminya tentang hal tersebut. Berdasarkan praktikal imperative menyatakan bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi menjadi matlamat tetapi bukan alat perlakuan individu. Jadi perbuatan Anabella adalah tidak bermoral mengikuti teori tersebut sebab dia memperalatkan anak itu untuk mencapai keinginannya iaitu menjadi seorang ibu. 

Proses persenyawaan luar rahim yang dijalankan oleh Anabella merupakan satu bentuk ekstrim dari anti-kehidupan iaitu telah melanggarkan Teori Hukum Semulajadi. Berdasarkan teori ini percaya bahawa nilai-nilai kemoralan itu sedia dapat alam semesta ini dan menjadi undang-undang alam untuk manusia mematuhinya untuk menjadi bermoral. Sebagai contoh, bukan semua pasangan suami isteri adalah menggunakan cara persenyawaan luar rahim untuk kehamilan. Malah cara persenyawaan luar rahim hanya digunakan oleh pasangan suami isteri yang menghadapi masalah dalam proses persenyawaan saja. Tetapi Anabella tidak mengalami sebarang gangguan kesihatan dan dengan kedegilan menjalankan proses persenyawaan luar rahim ini untuk mendapatkan anak maka tindakannya dikatakan tidak bermoral berdasarkan prinsip teori hukum semulajadi.

Anabella telah membuat keputusan menggunakan cara persenyawaan luar rahim tanpa peduli mengambil benih lelaki lain sebab dia berpendapat bahawa kewujudan bayi akan mendatangkan kegembiraan dan memenuhi keinginannya sebagai seorang ibu. Pada pandangan Egoisme adalah bermoral kerana ia menyatakan bahawa tindakan yang dibuat adalah untuk kepentingan atau kebaikan diri sendiri. Tetapi, sekiranya proses persenyawaan luar rahim itu tidak disetujui bersama suaminya sebab suaminya Joshua tidak menginginkan anak dan sebagai akibatnya suaminya berasa kecewa atas tindakan Anabelle serta menceraikannya iaitu membawa kesan buruk atau kerugian pada diri sendiri. Dalam situasi ini, Anabella adalah dianggap tidak bermoral dalam teori egoisme. Bukan itu saja, proses persenyawaan luar rahim bukan sekali boleh berjaya hamil dan jikalau gagal akan menjejaskan kesihatan Anabella diri snediri serta mungkin membawa kematian jika Anabelle ingin berterusan menjalankan proses persenyawaan tersebut.

Pada masa yang sama, Anabella telah mengamalkan teori moral Eksistensialisme iaitu dia telah membuat keputusan sendiri untuk menjalankan proses persenyawaan luar rahim untuk mendapat cahaya mata walaupun suaminya Joshua tidak ingin anak. Dalam eksistensialisme mengatakan semua individu mempunyai hak dan kebebasan untuk membuat keputusan atas pilihan sendiri dari segi bentuk kebebasan jasmani, kehendak dan moral.  Kebebasan ini bukan bermaksud kita boleh bertindak sesuatu yang apa-apa yang kita mahukan tetapi kebebasan bertindak tanpa diamanahkan, perasaan dan larangan serta dikenhendaki olehnya sendiri. Berdasarkan kes ini, tindakan Anabelle dengan sukarela atau rela hati untuk menjalankan proses persenyawaan luar rahim tanpa dipengaruhi oleh suaminya. Suaminya Joshua tidak inginkan anak walaupun lama berkahwin tetapi Anabelle telah lama ingin melahirkan anak supaya keluarga ini menjadi lebih sempurna lalu membuat keputusan untuk menjalankan proses persenyawaan luar rahim tanpa membuat pertimbangan dan tidak dipengaruhi oleh fakta bahawa suaminya tidak inginkan anak. Sebaliknya, Anabelle juga boleh dikatakan tidak bermoral dalam toeri eksistensialisme sebab dia melihat setiap keluarga mempunyai anak dan begitu bahagia dan berasa cemburu manakala dia sendiri berasa keluarga begitu sunyi tanpa seorang anak dalam keluarga ini. Dalam keadaan dia pun telah dipengaruhi lalu pun inginkan seorang anak walaupun tidak disetujui oleh suaminya Joshua dan telah membuat keputusan menjalankan proses persenyawaan luar rahim untuk kehamilan.

Doktrin Utilitarianisme menghendaki kita supaya sentiasa bertindak untuk menghasilkan kebaikan atau kesenorokan yang maksima kepada bilangan orang sebanyak mungkin atau semua pihak yang terlibat. Jikalau perbuatan Anabella dijadikan contoh dan ditiru atau mempengaruhi masyarakat membuat sedemikian seperti Anabella menjalankan persenyawaan luar rahim untuk mendapat anak, apa akan terjadi? Bilangan ramai pasangan suami isteri akan bercerai atas hal demikian serta anak yang dilahirkan itu dijadikan bahan ketawa serta dihina atau dipandang rendah daripada masyarakat bahawa anak itu adalah dilahir dalam proses persenyawaan luar rahim. Ini akan membawa tekanan kepada anak tersebut pada masa yang akan datang. Bukan saja membawa keburukan kepada masyarakat , ia juga membawa masalah kepada keluarga Joshua. Ini telah menyebabkan Joshua menceraikan isterinya Anabella dan Anabella akan menjadi ibu tunggal. Malang sekali ialah anak yang tidak berdosa juga terlibat serta hidup dalam kelurga yang situasi berpecah-belah yang akan menjejaskan masa depan anak tersebut. Maka ini bermakna dalam teori utilitarianisme bahawa perbuatan Anabella adalah tidak bermoral kerana hanya membawa keburukan yang maksima kepada orang sebanyak mungkin dan semua pihak yang terlibat.

Kesimpulannya, majoriti perbuatan Anabella tidak boleh dijustifikasikan dari segi moral.

@

HOME

@