Make your own free website on Tripod.com

HOME

@

Anak yang dilahirkan oleh Anabelle adalah tidak sah dari segi undang-undang Islam

Pada pandangan Undang-undang islam, Anak yang dilahirkan oleh Anabelle adalah tidak sah. Hal ini dapat dibuktikan menerusi ayat-ayat yang bawah:

 

- Dari Seksyen 2 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 1983 telah memberi definisi `tak sah Taraf ` sebagai

 

ganak yang telah dilahirkan di luar nikah dan bukan anak daripada persetubuhan syubhah, iaitu persetubuhan yang sah dari segi akad nikah.h

 

Ayat itu menegaskan anak daripada pengambilan benih dari orang yang tiada perhubungan dengan suami atau isteri (menerusi perkhawinan yang sah) adalah tidak sah taraf. Anabelle mengambil benih lelaki yang tiada perhubungan dengannya, maka anak tersebut adalah tidak sah dari undang-undang keluarga islam

 

- Firman Allah telah mengisyaratkan kearah perkara ini ,

gDan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunanh(38 arrafd) Firmannya lagi ;hDan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?h 72]Annahl

Ayat itu menegaskan pasangan suami isteri hendak memiliki anak yang mewarisi zuriat keturunan suami-isteri. Anabelle menggunakan benih orang lain atau zuriat orang adalah salah di sisi undang-undang islam.Maka anak yang lahir menerusi proses pengambilan benih orang lain adalah tidak disahkan taraf menerusi undang-undang islam..( seksyen 127 Akta Undang-undang Keluarga Islam)

 

- Mengikut ibnu_sina ,

gBayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara "terhormat" adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah, bayi tabung uji itu adalah tidak sahh

(http://www.freewebs.com/ibnu_sina/soaljawabagama.htm)

Ayat itu menegaskan melalui bayi tabung uji untuk menjalankan proses persenyawaan dari bukan suami isteri yang sah. Bayi itu adalah tidak sah dari segi undang-undang Malaysia.

 

- Mengikut Fatwa Muis,

gDisemaikan antara benih seorang lelaki (bukan suami) dengan telur si isteri kemudian dimasukkan semaian    itu ke dalam rahim si isteri h

            (http://mazuki3.tripod.com/bayi_tabung_uji.htm)

haram kesemuanya dan terlarang di sisi agama Islam kerana kesannya boleh merosakkan perhubungan halal serta mencampuradukkan keutuhan keturunan. Jadi perbuatan Anabella adalah salah di sisi undang-undang Islam.

@